Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah mengenal pasti 18 lokasi berisiko tinggi untuk berlaku kejadian kepala air di negeri itu pada musim Monsun Timur Laut ketika ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata antara lokasi paling banyak dijangka berlaku kejadian itu adalah di daerah Yan, Kubang Pasu (Jitra) dan Baling.

Bomba akan memantau setiap dua jam sekali di kawasan yang dikenal pasti berisiko untuk berlakunya kejadian kepala air.

Sehubungan itu, beliau memohon orang ramai untuk menangguhkan percutian buat sementara waktu ini yang membabitkan aktiviti perkelahan di kawasan air terjun, sungai dan tasik.

Beliau bercakap kepada pemberita di kawasan perkelahan Bukit Wang, Jitra yang berlaku kejadian kepala air, petang semalam. Kejadian tidak melibatkan kematian sebaliknya tiga keluarga berjaya dipindahkan serta dua mangsa yang terperangkap berjaya diselamatkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini