Seorang ibu berdepan detik cemas selepas kepala anak lelakinya tersepit pada palang automatik.

Lebih menggerunkan apabila palang berkenaan naik hingga kanak-kanak berkenaan terangkat dan tergantung.

Ibu mangsa cuba menurunkan anaknya namun gagal.

Mujur terdapat orang awam yang datang membantu.

Insiden berlaku di bandar Zhengzhou, wilayah Henan, China pada September lalu.

Kanak-kanak itu dilapor cedera namun tidak parah.

Manakala, wanita terbabit menerima kecaman dan dilabel sebagai ibu tidak bertanggungjawab.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini