Di Limbang, Calon GPS N79 Bukit Kota Limbang, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail menyedari, keperluan pembangunan asas dan infrastruktur amat diperlukan di kawasan tersebut terutama penduduk di pedalaman.

Antaranya termasuk jalan, Telekomunikasi, Air dan Bekalan elektrik. 

Berikutan itu, segala perancangan dan peruntukan telah disusun atur agar tiada kawasan perkampungan yang tercicir daripada mendapat kemajuan pembangunan.

Beliau menemui penduduk di Kampung Buang Abai Limbang.

Sebanyak RM200,000 diperuntukan bagi setiap fasa untuk pembinaan dewan, manakala 350 ribu lagi bagi menaik taraf jalan kampung.

Terdahulu semasa bertemu pengundi di Kampung Kelapa Mawar Limbang, beliau telah memaklumkan bahawa kampung tersebut telah menerima peruntukkan secara berfasa bagi membina balairaya dan dewan sebaguna.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini