Delegasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang diketuai Presiden Datuk Hamidin Mohd Amin telah mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob di banggunan Parlimen, semalam.

Pertemuan membincangkan beberapa perkembangan berkaitan masa depan bola sepak negara terutama dalam memasuki proses peralihan ke fasa endemik

Datuk Hamidin turut memaklumkan usaha FAM dalam menstabilkan semula industri bola sepak negara yang masih terkesan dengan impak COVID-19.

Beliau juga membentangkan perincian mengenai pengurusan terkini pasukan kebangsaan, pertandingan domestik dan antarabangsa serta perancangan memperkasakan lagi pasukan kebangsaan termasuk pasukan bawah 22 tahun, bola sepak wanita, belia, bola sepak pantai dan futsal.

Selain itu, turut memaklumkan perkembangan ibu pejabat baharu FAM dan pusat latihan kebangsaan (NTC) di Presint 5, Putrajaya.

Turut mengiringi Datuk Hamidin, dua Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi bersama Datuk S. Sivasundaram; Naib Presiden FAM, Datuk Seri Rosmadi Ismail dan Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini