Spekulasi siapa pemimpin Taliban yang bakal mengetuai pemerintahan baharu Afghanistan terus hangat diperkatakan.

Terbaharu, Ketua Pejabat Politik Taliban, Abdul Ghani Baradar antara tokoh yang disebut-sebut layak mengetahui kerajaan baharu tersebut.

Memetik beberapa sumber dalaman Taliban, media antarabangsa melaporkan, Abdul Ghani akan mengisi kepimpinan tersebut dibantu beberapa tokoh senior Taliban lain.

Antara nama yang tersenarai ialah anak lelaki pengasas gerakan itu, Mullah Mohammad Yaqoob dan jurucakap Taliban, Sher Mohammad Abbas Stanekzai yang bakl menyandang jawatan kanan dalam pemerintahan baru itu.

Semalam, Ketua Multimedia dan Kebudayaan Taliban, Ahmadullah Muttaqi dalam satu ciapan di Twitter memaklumkan, gerakan itu sedang bersiap untuk majlis pengumuman Kabinet pemerintahan baharu yang akan diadakan di Istana Presiden di Kabul.

31 Ogos lalu, media melaporkan Abdul Ghani bakal dilantik menteri luar negeri, sementara Mullah pula sebagai menteri pertahanan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini