Keputusan sama ada Kursus Asas Haji boleh dilakukan secara bersemuka atau dalam talian akan diketahui dalam masa terdekat.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad berkata, pihaknya akan berbincang dengan Lembaga Tabung Haji bagi menyelaras perkara tersebut.

Ini memandangkan kursus secara bersemuka kini sudah dibenarkan untuk dibuat di masjid.

Buat pertama kali Kursus Asas Haji musim 1442H/2021M dilaksanakan secara maya ekoran penularanĀ pandemik COVID-19 dan larangan berhimpunan secara beramai-ramai di masjid.
Ā 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah Majlis Ihtifal KAFA Kebangsaan (IKK) dan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Norma Baharu Tahun 2021 di Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini