Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi dijangka mengetahui keputusan perbicaraan kes hasutan dihadapinya Selasa ini.

Ia menjadi kes penghakiman pertama mahkamah Junta yang boleh disabitkan hukuman penjara selama berdekad.

Penerima Anugerah Nobel itu ditahan sejak kerajaan Myanmar digulingkan awal Februari lalu sehingga menamatkan tempoh demokrasi singkat negara Asia Tenggara berkenaan.

Menurut kumpulan pemerhati tempatan, lebih 1,200 orang terbunuh manakala 10,000 lagi ditahan pihak berkuasa kerana berbeza pendapat.

Suu Kyi berdepan hukuman tiga tahun penjara jika didapati bersalah mengeluarkan kenyataan hasutan terhadap tentera.

Namun perancangan junta terhadap Suu Kyi masih tidak diketahui.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini