Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2021 akan dikeluarkan pada Khamis, 30 Jun 2022.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing seawal pukul 10.00 pagi.

Bagi calon persendirian pula, slip keputusan peperiksaan STAM akan dihantar melalui pos pada hari yang sama.

Calon-calon juga boleh membuat semakan keputusan melalui dalam talian myresultstam.moe.gov.my mulai pukul 10.00 pagi pada 30 Jun 2022 selain secara sistem pesanan ringkas (SMS).

Kesemua sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 30 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 6 Julai 2022.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini