Masyarakat perlu berlapang dada dan akur dengan keputusan kerajaan untuk menangguhkan
sementara ibadah Umrah bermula 8 Januari ini berikutan situasi pandemik Covid 19 yang masih belum stabil.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah berkata, penularan wabak yang semakin membimbangkan ini bukan sahaja
memberi kesan kepada individu, malah perlu dinilai dari sudut kepentingan masyarakat terutama nyawa dan kesihatan. 

Beliau juga berharap, kerajaan dapat menyelesaikan beberapa masalah teknikal  dalam kalangan bakal Jemaah umrah serta syarikat pengendali umrah agar tidak berlakunya kerugian dan salah faham antara mereka.
 
Selain menangguhkan ibadah umrah, masyarakat juga dinasihati menangguhkan perjalanan mereka ke luar negara sehingga keadaan kembali pulih.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini