Kerajaan akan berbincang mengenai bentuk imbuhan yang bakal diberikan kepada skuad Harimau Malaya selepas melayakkan diri secara merit ke Kejohanan Piala Asia 2023, minggu hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, turut dibincangkan adalah proses pemberian imbuhan itu sama ada akan diberi terus kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau pemain skuad Harimau Malaya.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Sri Damansara Sentral, Selangor. Selain itu, tambahnya perbincangan turut membabitkan imbuhan yang akan diberi kepada pemain skuad hoki negara selepas berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2023.

Sebelum ini skuad Harimau Malaya berjaya menamatkan kemarau 43 tahun ke Piala Asia dengan muncul naib juara Kumpulan E di pusingan kelayakan, manakala skuad hoki negara pula layak ke Piala Dunia selepas muncul naib juara Piala Asia 2022.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini