Kerajaan akan mempermudahkan proses pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada golongan berkelayakan seperti  diumumkan dalam Bajet 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan, kerajaan akan terus mempertimbang bantuan BKM kepada mereka yang telah berjaya mendapat Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), sebelum ini. 

Jelasnya, langkah itu bagi mengelakkan golongan yang layak, tercicir daripada mendapat bantuan tunai.

Tambahnya, penerima Geran Khas Prihatin (GPK) dan golongan rentan seperti penerima bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga akan diproses tanpa permohonan.
 
Bagi pemohon baru, permohonan akan dibuka Januari tahun depan dengan lebih ringkas dan tidak memerlukan dokumen sokongan.
 
Beliau memberi penjelasan kepada soalan tambahan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.
 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini