Kerajaan Arab Saudi menawarkan tajaan biasiswa kepada 100 pelajar negeri itu untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di lapan universiti terpilih di negara tersebut. Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Daripada 100 tempat disediakan, 40 telah diisi dengan pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang utama termasuk pengajian Islam. Kerajaan Arab Saudi katanya mahu lebih ramai pelajar negeri tersebut memohon dalam bidang kejuruteraan terutama minyak dan gas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini