Pengumuman kerajaan baharu Afghanistan bawah pimpinan Taliban hanya akan diumumkan paling awal, Sabru

Perkembangan terbaru itu dinyatakan jurucakap Taliban kepada agensi berita AFP.

Terdahulu, beberapa laporan menyebut Taliban dijangka mengumumkan pembentukan kerajaan baharu Afghanistan selewat-lewatnya hari Jumaat selepas solat Jumaat.

Meskipun tentera asing telah selesai meninggalkan negara itu sejak beberapa hari lalu, Taliban kekal berdepan cabaran besar untuk memperbetulkan keadaan termasuk negara barat yang melabel mereka sebagai kumpulan pemberontak.

Begitu juga dengan protes sesetengah rakyatnya.

Pemerintahan baharu juga perlu lari daripada sebarang unsur keganasan dan harus melaksanakan pemerintahan penuh toleransi termasuk mesra kepada wanita.

Ketika ini, banyak negara barat mengambil pendekatan tunggu dan lihat dan ada sesetengah menunjukkan tanda untuk menjalin hubungan dengan pemimpin baharu bagi mencapai keamanan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan pihaknya telah memulakan penerbangan kemanusiaan ke beberapa bahagian negara itu, menghubungkan ibu kota Pakistan Islamabad dengan Mazar-i-Sharif di Afghanistan utara dan Kandahar di selatan.

Awal hari ini, jurucakap Taliban menerusi twitter memaklumkan bahawa Kementerian Luar China berjanji akan mengekalkan operasi pejabat kedutaan di Afghanistan, juga memberi komitmen untuk meningkatkan hubungan serta bantuan kemanusiaan.

Sementara itu, menteri luar Britain dan Itali dijadualkan mengunjungi beberapa negara jiran Afghanistan dalam tempoh terdekat bagi membincangkan kaedah terbaru untuk membawa keluar ke semua rakyatnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini