Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan mewujudkan pasukan tindakan khas bagi menggubal sistem komunikasi dan mewujudkan sistem amaran awal bencana lebih pantas dan berkesan kepada rakyat.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, sistem komunikasi itu tidak hanya tertakluk kepada agensi di bawah KKMM tetapi melibatkan kerjasama beberapa agensi lain yang berkaitan.

Beliau juga telah mengadakan perbincangan terperinci dengan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Muhammad Mantek untuk berbincang dengan agensi berkaitan bagi pelaksanaan sistem tersebut.

Ia termasuklah Jabatan Meteorologi, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jawatankuasa Bencana Peringkat Negeri, Kerajaan Tempatan dan Agensi penyelamat.

Tambah beliau, penyampaian maklumat oleh sistem komunikasi juga perlu lebih bertumpu dan spesifik termasuk menggunakan konsep penyebaran pesanan khidmat ringkas (SMS) supaya kawasan berisiko mendapat amaran awal secara tepat dan cepat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini