Kerajaan belum bercadang mewujudkan akta khas berkaitan keharmonian kaum dan agama buat masa ini.

Jelas Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, terdapat lima peruntukan undang -undang dan akta sedia ada yang boleh digunakan untuk mengangani sebarang isu sensitif berkaitan perkara tersebut.

Tambahnya, fokus kerajaan kini adalah memberi tumpuan kepada pelaksanaan Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 yang baru dilancarkan semalam.

Beliau menjawab pertanyaan tambahan wakil Parit Buntar, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini