Kerajaan akan mencari penyelesaian jangka panjang yang menyeluruh dan komprehensif, bagi menangani banjir di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan risiko dan kerosakan akibat bencana itu pada masa depan. Perbincangan mengenainya akan dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Isnin ini.

Fokus, antara lain tertumpu kepada usaha mengenalpasti lokasi berpotensi berlaku banjir. Mesyuarat akan turut membincangkan persediaan menghadapi gelombang kedua banjir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini