Kerajaan disaran meneruskan bantuan kepada golongan sasar sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan lagi.

Pakar Ekonomi Kanan Kemiskinan dan Kesaksamaan Bank Dunia, Dr Ririn Salwa Purnamasari berkata, sokongan perlu diberikan terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan rentan menerusi bantuan tunai sehingga pekerjaan dan pendapatan mereka kembali pulih.

Subsidi upah bersasar juga perlu diperkenal, khususnya bagi golongan wanita dan belia yang lazimnya berdepan kesukaran memasuki pasaran pekerjaan.

Beliau membentangkan Laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia Disember 2021 oleh Bank Dunia bertajuk ‘Kekal Bertahan’, secara maya.

Tambahnya, program rintis dan penilaian insurans sosial perlu dilaksana sebagai usaha meningkatkan perlindungan pekerja sektor tidak formal.

Pada masa sama, dasar berkaitan pasaran kerja perlu diperkukuh bagi menampan sebarang kejutan ekonomi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini