Kementerian Sumber Manusia telah memasukkan peruntukkan baharu berhubung waktu kerja fleksibel serta cadangan pengurangan waktu kerja mingguan dalam pindaan Rang Undang-Undang Kerja (Akta Kerja 1955).

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, ia akan dibaca buat kali kedua di Parlimen pada hujung tahun ini sebelum digubal.

Usaha tersebut bagi membolehkan pekerja melaksanakan tugas mereka mengikut waktu, hari atau tempat kerja yang sesuai tertakluk kepada persetujuan majikan. Beliau menjawab soalan wakil Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui. Pengaturan kerja fleksibel di sektor awam dan swasta telah mula diamalkan sejak penularan Covid 19 tahun lalu.              

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini