Pihak berkuasa mengarahkan siasatan segera ke atas kebakaran di unit penjagaan bayi di sebuah Hospital Kanak-Kanak di bandar Bhopal.

Kejadian pada semalam itu mengakibatkan empat bayi terbunuh manakala 36 lagi berjaya diselamatkan.


Ketua Menteri di wilayah Madhya Pradesh, Shivraj Singh Chauhan memaklumkan siasatan wajar dilaksanakan segera bagi mengelak insiden sama berulang.

Media tempatan melaporkan, kebakaran itu berlaku akibat litar pintas namun hasil siasatan secara terperinci masih belum diketahui.

Di India, kebakaran bangunan hingga mengakibatkan kematian sering dilaporkan.

Ia susulan sistem penyelenggaraan bangunan yang lemah selain kekurangan peralatan memadam kebakaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini