Rungutan agensi kerajaan berhubung syarikat penerbangan India yang jarang memainkan muzik negara itu dalam penerbangan mereka akhirnya didengari.

Kerajaan India kini meminta syarikat penerbangan negara itu supaya memainkan muzik India dalam penerbangan mereka dan di kemudahan lapangan terbang.


Kementerian Penerbangan Awam India berkata, meskipun kaya dengan warisan itu, namun ia jarang dimainkan dalam penerbangan mereka.

Oleh itu katanya, syarikat penerbangan diminta untuk mempertimbang memainkan muzik India dalam pesawat yang dikendalikan di India dan di lapangan terbang mengikut syarat dan peraturan.

Kementerian mengeluarkan cadangan itu selepas menerima permintaan daripada Majlis Perhubungan Kebudayaan India (ICCR), sebuah agensi di bawah Kementerian Luar Negeri, untuk mempromosikan muzik tempatan dalam penerbangan.

Menurut ICCR, perubahan itu akan memberi banyak manfaat dalam menyemarakkan rasa cinta kepada tanah air di hati rakyat negara kita.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini