Kerajaan memberi jaminan siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki,  Datuk Seri Dr.Wan Junaidi mengenai isu pemilikan sahamnya di syarikat senaraian awam akan dilakukan mengikut lunas undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr.Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ketika ini juga, tiada undang-undang atau peraturan yang menghalang mana-mana penjawat awam daripada memperoleh saham dalam syarikat senaraian awam.

Di bawah Akta Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, kakitangan kerajaan hanya dilarang berdagang dalam pasaran niaga hadapan dalam dan luar negara, sementara mereka yang memiliki saham dalam syarikat senaraian awam dikehendaki mengisytiharkannya sebagai aset.

Dalam pada itu, PDRM mengesahkan telah menerima laporan berhubung pendedahan Tan Sri Azam membenarkan adiknya menggunakan akaun beliau untuk pembelian saham.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, laporan polis telah dirujuk kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini