Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan tuduhan yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab kononnya krisis makanan akan berlaku pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah, Romani Wan Salim memberi jaminan, bekalan barangan keperluan untuk musim perayaan khususnya Tahun Baharu Cina, mencukupi.

Katanya, kerajaan menerusi agensi dan jabatan berkaitan sentiasa melakukan
pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan bekalan mencukupi.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Bazar Rakyat Pemuda Sejahtera parlimen Pokok Sena. 
 
Tegasnya, mereka yang didapati sengaja menyebarkan dakwaan tidak benar yang bertujuan menimbulkan kegusaran rakyat boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini