Orang ramai diharap tidak terkeliru dengan isu penarikan subsidi minyak masak.

Kerajaan sebenarnya masih mengekalkan subsidi minyak masak berjumlah RM4 bilion untuk tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, subsidi yang disediakan kerajaan adalah melebihi keperluan pengguna iaitu sebanyak 60,000 tan metrik.

Beliau menjelaskan, penarikan subsidi hanya melibatkan minyak berbotol.

Isu itu berbangkit apabila kerajaan memperkenalkan subsidi minyak botol pada Ogos tahun lalu khusus untuk membantu rakyat yang terkesan dengan COVID-19.

Bagaimanapun, kerajaan telah mengesan penyelewengan subsidi yang diberikan itu dan seterusnya membuat keputusan untuk menamatkan subsidi minyak masak berbotol.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini