Kerajaan Kelantan mahu seluruh rakyat di negeri itu sentiasa peka terhadap amaran bencana yang di keluarkan pihak berkuasa.

Ini  bagi memastikan persediaan awal dapat dilakukan. 

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata, semua pihak perlu mengambil tanggungjawab itu bersama.

Beliau diminta  mengulas kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang yang mengingatkan semua agensi perlu bekerjasama menghadapi kemungkinan banjir lebih buruk ekoran Monsun Timur Laut yang masih belum melanda di negeri-negeri khususnya
Kelantan, Terengganu, Johor dan Pahang.
 
Terdahulu, Datuk Ahmad Yaakob menyempurnakan  pelepasan Misi Pemulihan Bantuan
Banjir Kelantan Ke Pahang di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu.

Seramai 1,500 sukarelawan terlibat pada misi kemanusian siri satu ini.

Beliau mengakui,  bah besar 2014 yang berlaku di Kuala Krai,  menjadikan masyarakat lebih bersedia dari segi mental dan fizikal.
 
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkankerajaan negeri menyampaikan sumbangan berjumlah RM100,000 masing-masing kepada Pahang dan Selangor bagi misi bantuan banjir kali ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini