Kerajaan telah mengenal pasti beberapa langkah yang boleh diambil bagi menstabilkan harga ayam agar tidak naik mendadak sehingga membebankan pengguna.

Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan 2 (MAFI) Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kerajaan telah membuat pecaturan tersendiri supaya harga ayam turun di masa hadapan.

Antara langkah yang diambil kerajaan adalah dengan mewujudkan penanaman jagung secara besar-besaran bagi penghasilan makanan ternakan.
 
Katanya, dalam tempoh terdekat, kerajaan akan mempunyai kilang sendiri yang dikendalikan melalui agensi-agensi kerajaan atau bekerjasama dengan pihak swasta.
 
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bantuan MAFI Prihatin melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kepada 70 pemandu kereta sewa di Pasir Puteh hari ini.
 
Hadir sama Pengarah FAMA Kelantan, Wan Nora Wan Ahmad.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini