Perdana Menteri,Datuk Seri Ismail Sabri turut menegaskan, kerajaan komited melaksanakan inisiatif-inisiatif bagi mendokong kesejahteraan rakyat khususnya orang kurang upaya (OKU), wanita, warga emas, kanak-kanak dan keluarga.

Antaranya, program Yayasan Keluarga Malaysia yang diperuntukkan sebanyak RM25 juta. Fungsi Yayasan ini juga diperluaskan bagi membantu anak-anak Keluarga Malaysia yang lain yang memerlukan sokongan sama.

Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan, melalui yayasan berkenaan, 11 juta ringgit diperuntuk untuk hampir 50,000 wanita menjalani Program Ujian Subsidi Mamogram dan Saringan HPV DNA secara percuma.

Manakala 130,000 remaja wanita B40 akan menerima kit asas kebersihan diri percuma melalui 18 pusat remaja KafeTEEN LPPKN.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini