Kerajaan komited melakukan yang termampu dan sebaik mungkin dalam memajukan matlamat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan Wawasan Putrajaya 2040.

Untuk itu, Malaysia berkongsi pelan pemulihan ekonomi pasca Covid-19  dengan negara anggota.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi muat naik di facebook memaklumkan beliau menyertai dialog Majlis Penasihat Perniagaan APEC sebaik menamatkan lawatan rasmi ke Indonesia.

Dalam sesi itu, beliau menyampaikan pelan Malaysia dalam memulihkan ekonomi pasca-COVID-19 secara dalam talian.

Pelan melibatkan pemberian pelalian meluas, pemberian pakej rangsangan ekonomi bernilai sehingga 127 bilion dolar Amerika dan pembukaan sempadan melalui Lorong Perjalanan Vaksinasi serta inisiatif Pusat Sehenti.

Tahun ini, APEC dipengerusikan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini