Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sentiasa bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Jabatan Pertanian Sarawak dalam usaha untuk memajukan dan memperkasakan lagi industri lada negara. 

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata, pada masa ini, Lembaga Lada Malaysia sedang  bekerjasama dengan Agensi Angkasa Malaysia bagi menentukan keluasan  tanaman lada dan pengeluaran dengan menggunakan  teknologi satelit.  

Jelasnya, kerjasama dilaksanakan secara berfasa, dengan fasa pertama melibatkan kawasan tanaman di Semenanjung Malaysia yang dijangka akan dapat diselesaikan pada hujung tahun ini. 

Seterusnya, pelaksanaannya akan diteruskan di Negeri Sabah dan Sarawak.  

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Julau, Larry Soon dalam Sidang Dewan Rakyat di ibu negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini