Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa & Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin berkata kerajaan komited berganding bahu bersama pemain industri memastikan aktiviti ekonomi beroperasi dalam persekitaran selamat dan kondusif.

Ujarnya, kerjasama awam swasta amat signifikan dalam mengimbangi nyawa dan ekonomi rakyat, sebagaimana ditunjukkan menerusi kejayaan Program Imunisasi Industri Covid 19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS).

Datuk Seri Mohamed Azmin turut mengulangi komitmen kementeriannya memperkukuh dasar perdagangan dan pelaburan negara. Ini termasuk usaha meratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini