Kerajaan komited untuk terus mendukung usaha memperkasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), samada di tempat kerja atau kawasan umum

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim usaha mempromosikan agenda KKP akan dilakukan secara menyeluruh bagi meningkatkan kesedaran kepada orang awam. Tambah beliau, agenda KKP merupakan agenda utama kerajaan. Beliau juga berharap semua pihak harus mendokong hasrat kerajaan untuk membawa agenda pemerkasaan KKP ke seluruh negara.

Beliau ditemui ketika merasmikan majlis Anugerah Malaysian Society For Occuputional Safety And Health ke-39 di ibu negara pagi tadi. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini