Kerajaan bersetuju melaksanakan  Program Dermasiswa B40 TVET, khusus untuk pelajar B40 yang mengikuti pengajian dalam bidang TVET di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi tahun ini.

Ketika mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin pelaksanaan program berupaya meningkatkan motivasi kepada pelajar yang memilih bidang TVET.

Bercakap dalam ucapan perasmian minggu TVET Negara 2022, di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri turut mengisytiharkan 2 Jun sebagai Hari TVET Negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini