Perdana Menteri,Datuk Seri Ismail Sabri turut memaklumkan kerajaan telah berjaya melepasi sasaran menyediakan 500 ribu peluang pekerjaan tahun ini disebalik cabaran COVID-19 dan ekonomi dihadapi negara.

Pertumbuhan ekonomi negara juga, katanya, dijangka akan bertambah baik tahun depan, hasil kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Beliau turut menjelaskan kerajaan tidak berdiam diri isu peningkatan harga barangan, walaupun ada kalanya di luar kawalan kerajaan disebabkan permintaan yang tinggi berbanding penawaran yang rendah di pasaran.

Kerajaan juga telah memperuntukkan RM100 juta, kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), selain RM62 juta, subsidi baja sebagai inisiatif untuk mengatasi masalah kenaikan harga.              

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini