Kerajaan meluluskan peruntukan RM899 juta bagi melaksanakan 61 projek fizikal dan bukan fizikal untuk memodenkan sistem imigresen negara.

Matlamatnya menambahbaik sistem imigresen supaya lebih komprehensif, berteknologi tinggi, bersepadu dan mesra pelanggan dari semasa ke semasa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pelaksanaan projek selari perkembangan teknologi terkini merangkumi internet pelbagai benda (IoT), Kecerdasan Buatan (AI) dan Data Besar.

Beliau terdahulu merasmikan Majlis Penyerahan Kontrak Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISE) di Kuala Lumpur.

Projek NIISe di antara kerajaan dengan Syarikat IRIS Information Technology Systems Sendirian Berhad yang dimuktamadkan Mei lalu dijangka siap sepenuhnya pada 2024.

Lebih RM1 billion diperuntukkan untuk projek berkenaan agar sistem imigresen negara kekal relevan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini