Kementerian Kewangan sedang mengkaji semula semua jenis sistem percukaian, termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dimansuhkan sebelum ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata selepas Malaysia tidak lagi mengamalkan sistem percukaian GST, hasil cukai negara berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kira-kira 11 peratus, lebih rendah berbanding negara jiran dan negara maju.

Ketika ini, 175 atau 90 peratus negara di dunia menggunakan sistem percukaian GST. Beliau ditemui media selepas menghadiri majlis Rumah TerbukaTerlajak Raya Kelab Media Putrajaya (KMP) di Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini