Kerajaan masih memiliki dana mencukupi dan akan terus menyediakan subsidi bahan api kepada rakyat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, adalah menjadi komitmen kerajaan untuk menjamin kelangsungan hidup rakyat khususnya melibatkan golongan rentan.

Jelas beliau, amaun subsidi keseluruhan dijangka mencecah RM70 bilion tahun ini.

Berikutan kenaikan harga minyak mentah, subsidi bahan api diunjur meningkat kepada 30 bilion ringgit dan untuk bulan lalu sahaja, subsidi yang ditampung kerajaan berjumlah 5 bilion ringgit.

Sementara itu katanya, kerajaan juga tidak merancang meminta dividen tambahan daripada Petronas untuk menanggung subsidi buat masa ini. 

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Rangka Kerja dan Sasaran Kemampanan Khazanah: Melabur dalam Peralihan yang Mampan 2022 di ibu negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini