Kerajaan negeri dicadang menubuhkan jawatankuasa sekuriti makanan di peringkat negeri dalam menguruskan dan membangunkan industri agromakanan.

Malah inisiatif tersebut juga akan dikemukakan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) kepada jawatankuasa kabinet.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, sekuriti makanan bukanlah tanggungjawab kerajaan persekutuan semata-mata, sebaliknya ia turut melibatkan usaha sama daripada pihak kerajaan negeri.

Beliau berkata, bagi memajukan industri tenusu berdaging umpamanya, memerlukan darisegi tanah serta infrastruktur asas daripada kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Ladang Dan Kilang Pemprosesan Susu Syarikat Farm Fresh Berhad di Rompin, Pahang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini