Kerajaan negeri diminta agar tidak mengehadkan kekerapan penerbangan bagi menstabilkan harga tiket.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong, perkara itu seharusnya dibuat Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan syarikat penerbangan di negara ini.

Syarat tambahan juga tidak perlu dikenakan kerajaan negeri memandangkan SOP, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedia ketat.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Sistem Elektronik Perlesenan (Aerolicence) pertama bagi Industri Penerbangan Malaysia dan Panduan Nasihat Perjalanan “FlySmart” di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 di Sepang.

Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak membuat tempahan penerbangan di saat akhir bagi mengelakkan kenaikan mendadak harga tiket.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini