Kerajaan negeri disaran sentiasa menambah baik langkah-langkah sedia ada bagi mewujudkan lebih ramai usahawan dalam kalangan belia. Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah bertitah, inisiatif boleh dilakukan dengan kerjasama pihak swasta dalam menyediakan persekitaran kondusif buat mereka.

Titah baginda, langkah tersebut membolehkan produk atau perkhidmatan usahawan golongan ini dapat dipasarkan lebih meluas sama ada dalam dan luar negeri itu. Baginda turut menasihati belia agar mengukuhkan jati diri serta membudayakan berpersatuan di kalangan mereka.

Kerajaan negeri disaran menyediakan peruntukan yang sewajarnya bagi membolehkan golongan belia Pahang, aktif menyertai dan mengadakan program. Baginda bertitah demikian pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2021 Peringkat Negeri Pahang yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Dalam majlis itu, baginda berkenan menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara 2021 dan Anugerah Khas Kerajaan Negeri kepada 25 penerima.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini