Kerajaan negeri Kedah menzahirkan perhargaan atas peruntukan yang diumum Menteri Kewangan semasa sesi pembentangan Bajet 2022 semalam.
 
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata bagi pihak kerajaan negeri, beliau mengalu-alukan pemberian peruntukan khas RM20 juta khusus untuk beberapa buah negeri termasuk Kedah.

Beliau dalam satu kenyataan memberitahu, peruntukan bagi projek mencegah hakisan di Pantai Merdeka serta kos penyelenggaraan tapak arkeologi Lembah Bujang juga amat dihargai.

Menurutnya, perhatian yang diberi Kerajaan Persekutuan khususnya MOTAC  terhadap aset warisan sejarah di kawasan Lembah Bujang terutama Sungai Batu bakal menarik lebih ramai peminat dari kalangan penyelidik dari seluruh dunia.

Katanya, peruntukan yang disalurkan terutama untuk projek-projek menaik taraf infrastruktur di kawasan luar bandar seperti jalan kampung dan kemudahan telekomunikasi bawah program JENDELA, turut memberi manfaat yang besar kepada rakyat negeri itu.

Bantuan-bantuan pemulihan ekonomi yang disalurkan kepada komuniti usahawan kecil, pekebun kecil, penoreh getah dan lain-lain kumpulan berpendapatan rendah juga diharap akan dapat membantu mereka keluar daripada belenggu kemelesetan dan kembali membaiki kehidupan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini