Kerajaan Negeri Melaka menjangkakan ekonomi negeri itu kembali pulih tahun ini.
 
Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, ia selaras tema “Kecekapan Pelaksanaan Demi Kemakmuran Negeri Melaka 2022”. 
 
Justeru, kerjasama semua penjawat awam amat diperlukan.

Beliau menjelaskan demikian selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 di Ayer Keroh. 
 
Mengulas lanjut katanya, lebih 90 peratus pencapaian keseluruhan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 berjaya dicapai kerajaan negeri sehingga 30 Disember tahun lalu.
 
Justeru beliau berharap, tahun ini pelbagai pencapaian dapat direalisasi untuk kemakmuran dan kestabilan negeri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini