Kerajaan Negeri Sembilan telah mengenal pasti tapak pembinaan rumah baharu bersesuaian di Kampung Puom, Jelebu untuk tujuh keluarga yang kehilangan rumah akibat bencana banjir baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kerajaan Persekutuan menyediakan kos RM56,000 bagi membina semula setiap rumah. 

Beliau memaklumkannya Seremban.
 
Kerajaan negeri juga telah mengenal pasti tapak di Kampung Puom, yang terletak di tanah tinggi dan tidak terjejas banjir, bagi tujuan pembinaan rumah tersebut.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan bekalan elektrik di menara telekomunikasi Telekom Malaysia (TM) di Gunung Telapak Buruk, Jelebu dijangka pulih dalam tempoh terdekat.

Katanya, walaupun kerja pembersihan belum selesai dilakukan, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menghantar kabel elektrik bagi kerja baik pulih di menara tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini