Kerajaan Perak tidak pernah ‘lokek’ dalam membantu kelansungan pembangunan pasukan bola sepak negeri, Perak FC. Ia dibuktikan menerusi bantuan berjumlah RM5 juta yang telah disalurkan kepada pasukan itu tahun lepas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bagaimanapun berkata, bantuan penuh tidak dapat diberikan berikutan pasukan itu kini milik syarikat persendirian.  Malah, kerajaan negeri perlu bertindak adil dalam melayani keperluan sukan lain yang mewakili negeri itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan penyokong pasukan itu yang yang menyalahkan kerajaan negeri yang didawa tidak cakna dengan kemelut melanda Perak FC.

Perak FC sebelum ini dilaporkan berdepan isu disekat daripada mendaftar pemain baharu oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). Ia berikutan daripada tunggakan hutang berjumlah RM1.7 juta membabitkan gaji pemain import pasukan itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini