Kerajaan Negeri Pahang bercadangĀ  menambah bilangan Rumah Rakyat Pahang (RRP) tahun hadapan bagi membantu golongan memerlukan untuk memiliki rumah sendiri.

Bagaimanapun Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata cadangan itu akan dilaksanakan sekiranya sasaran kutipan hasil kerajaan negeri RM1 bilion tahun ini berjaya dicapai.
Bergantung kepada kedudukan kewangan negeri, beliau beri jaminan RRP akan ditamgah sekiranya kutipan hasil RM1 bilion direalisasikan

Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Suratan Hak Milik, Surat dan Notis 5A Skim Tanah Rakyat serta Surat Tawaran Penerima RRP Fasa 2B Daerah Maran di Dewan Serbaguna Kampung Kuala Sentul pada Jumaat.

Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM19.95 juta bagi membina 266 unit RRP tahun ini iaitu setiap kawasan Parlimen diperuntukkan satu RRP manakala enam RRP bagi kawasan Dewan Undangan Negeri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini