Projek Tebatan Banjir serta naiktaraf sistem perparitan di Kota  Samarahan yang menelan kos keseluruhan RM30 juta akan dipercepat pada tahun depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata ia perlu dipercepat untuk mengatasi masalah banjir di kawasan itu.

Jelasnya, projek itu melibatkan tiga kawasan yang sering kali dilanda banjir kilat teruk iaitu kawasan perumahan Taman Unigarden,Taman Samarindah dan kawasan Sekolah  Kebangsaan Jalan  Muara Tuang.

Tambahnya, projek itu nanti akan melibatkan pewujudan kawasan limpahan air hujan dan projek pembesaran perparitan.

Beliau ditemui pemberita selepas Taklimat Rancangan Tebatan Banjir Sarawak (Kota Samarahan) di Auditorium Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak di Kota Samarahan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini