Kerajaan akan mengurangkan peranan orang tengah bagi mengelak manipulasi bekalan dan harga.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata, jihad memerangi orang tengah akan diperkenal semula dan peranan itu diketuai Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Mengenai laporan wujud kartel yang mengawal harga dan pengeluaran ayam, beliau menjelaskan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang menyiasat perkara tersebut dan siasatan dijangka selesai bulan depan.

Jika didapati wujud kesepakatan kartel tersebut, tindakan undang-undang akan dikenakan oleh kerajaan.


Perdana Menteri turut memaklumkan, Kabinet juga bersetuju supaya AP gandum dibatalkan susulan daripada pengumumannya pemansuhan AP bahan makanan sebelum ini.

Beliau berkata, semua kementerian juga diminta menyenaraikan AP bagi barangan lain yang boleh dimansuhkan demi menjaga kepentingan pengguna Keluarga Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini