Kerajaan Perlis akan mainkan peranan dalam menangani isu kenaikan harga barangan, terutama sayur-sayuran.

Sehubungan itu, satu program khas akan dilaksana untuk menggalakkan rakyat menanam sayur-sayuran menggunakan kaedah hidroponik berskala kecil.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, program ini bertujuan meningkatkan pengeluaran atau produktiviti sayur-sayuran.

Selain tidak memerlukan kawasan yang luas, kaedah pertanian hidroponik mudah untuk kawalan serangga.

Namun, ia memerlukan pengetahuan mengenai teknik pelaksanaannya.

Justeru, Jabatan Pertanian Negeri akan membantu memberikan khidmat bimbingan dan nasihat kepada mereka yang terlibat.

Program ini diharap dapat membantu golongan B40 untuk mengurangkan perbelanjaan dapur, menambah pendapatan dan meningkatkan produktiviti sayur-sayuran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini