Susulan tindakan kerajaan membayar hutang lama dengan pinjaman baharu berikutan situasi ekonomi negara dan penularan wabak COVID-19;

Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid berpandangan, pihak berkuasa kewangan harus mengambil langkah-langkah perlu bagi menangani peningkatan hutang negara sebanyak 86.562 bilion ringgit kepada 879.560 bilion ringgit berbanding 792.998 bilion ringgit pada tahun 2019.

Hasil kerajaan Persekutuan merosot 14.9 peratus kepada 225.075 bilion ringgit pada 2020 berbanding 264.415 bilion ringgit tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan, penyata kewangan Kerajaan Persekutuan menunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan kerajaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2020.

Rekod perakaunannya juga diselenggara dengan teratur dan kemas kini.

Beliau bercakap pada sidang media bersama Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, PAC

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini