Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk mengambil alih pembinaan Lebuhraya Rakyat sepanjang 10 kilometer (km) di Machang melibatkan laluan dari Bukit Tiu Ke Kampung Berangan Mek Nab.
 
Sebelum ini projek yang menjadi sebahagian daripada jajaran pembinaan Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai (KB – KK) itu berada di bawah tanggungjawab Kerajaan negeri.  Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, peruntukan RM300juta diluluskan bagi tujuan itu
di bawah projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12.

Pembinaan laluan berkenaan di jangka dapat dimulakan April ini dan
siap sepenuhnya dalam tempoh 36 bulan.

Beliau di temui media selepas menerima taklimat pelaksanaan projek
Lebuhraya KBKK di tapak pembinaan projek berkenaan di Kok Lanas, Kota Bharu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini