RM15 juta diperuntukan Kerajaan Persekutuan kepada Johor untuk pembangunan Kampung Baru Cina serta geran perniagaan berasaskan sains dan teknologi.

Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata peruntukan itu diterima daripada Kementerian Perpaduan Negara serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Bagi pembangunan Kampung Baru Cina serta geran perniagaan berasaskan sains dan teknologi masing-masing menerima peruntukan RM5 juta.

Sebanyak RM5 juta lagi untuk rumah ibadat bukan Islam. Menerusi hantaran di Facebook, sebanyak RM500,000 turut diberikan kepada projek pencahayaan di daerah Kota Tinggi.

Menurut Datuk Onn Hafiz kerajaan negeri turut memperuntukkan RM3.6 juta bagi menyelesaikan beberapa isu di daerah tersebut dengan RM2.3 juta daripadanya adalah untuk projek Rancangan Tebatan Banjir di Kota Mas.

Sebanyak RM500,000 diperuntukkan untuk kerja-kerja pendawaian elektrik Bangunan Sultan Iskandar iaitu di Bangunan Pejabat Daerah, manakala RM800,000 lagi bagi menaik taraf longkang sekali gus menyelesaikan jalan terputus akibat banjir di daerah itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini