Penempatan Agensi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di setiap daerah dengan pembangunan premis milikan sendiri dan Perolehan aset di darat, air dan udara bagi khidmat pantauan dan carilamat.

Itu antara inisiatif yang sedang dipertimbangkan kerajaan dalam memperkasa fungsi APM.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad, beberapa inisiatif dipertimbang berpandukan matlamat dan strategi APM dalam Pelan Strategik 2021-2025 APM.

Tambahnya, Kerajaan memandang serius keperluan APM dalam pengurusan bencana dan khidmat kemanusiaan bagi melindungi nyawa serta harta benda, sebagaimana tugas dan peranannya yang termaktub dalam Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951 (Akta 221).
 
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini